Pages

Subscribe Twitter Facebook

Tuesday, October 12, 2010

maklumat untuk pemilik kereta TOYOTA,HONDA, NISSAN.....DAN LAIN-LAIN JENAMA



ANDA BOLEH MEMBAHARUI POLISI INSURANS DAN ROAD TAX KERETA ANDA DENGAN SAYA UNTUK MENDAPATKAN PERLINDUNGAN DARI SYARIKAT YANG SAMA DAN FAEDAH FAEDAH YANG SAMA.
ANDA BOLEH BERURUSAN DI PEJABAT AGENSI SAYA DI ALAMAT NO 57B PUSAT PERDAGANGAN RAUB, SEKIRANYA ANDA BERADA DI RAUB, ANDA JUGA BOLEH BERURUSAN DENGAN SAYA DI KEDIAMAN SAYA YANG BERALAMAT NO 26 TAMAN SIMPANG KALLNG RAUB PAHANG . SEKIRANYA ANDA BERADA DI RAUB, ATAU ANDA BOLEH BERURUSNIAGA SECARA ONLINE DENGAN SAYA SEKIRANYA ANDA BERADA DI LUAR DARI DUNGUN DAN KEMAMAN.

SAYA BOLEH DIHUBUNGI MELALUI TALIAN
019 9486609

PADA BILA BILA MASA........ATAU ANDA BOLEH E MAIL KEPADA :

raubbi@yahoo.com

DAPATKAN JUGA DISKAUN BILA ANDA PERBAHARUI INSURANS KENDERAAN ANDA!!

..:List Harga Perodua:..


Senarai Harga Kereta Terkini :


Kancil 660cc
Price : RM24792
Monthly : RM278

Viva 660cc
Price : RM28800
Monthly : RM323

Viva 850cc
Price : RM32900
Monthly : RM369

Viva 1.0cc (MT)
Price : RM37200
Monthly : RM417

Viva 1.0cc (AT)
Price : RM40200
Monthly : RM450

Myvi 1.0cc (MT)
Price : RM39447
Monthly : RM443

Myvi 1.3cc (MT)
Price : RM43900
Monthly : RM494

Myvi 1.3cc (AT)
Price : RM46900
Monthly : RM535

Myvi 1.3cc SE (MT)
Price : RM50400
Monthly : RM576

Myvi 1.3cc SE (AT)
Price : RM53400
Monthly : RM608



Semua harga diatas adalah berdasarkan harga terkini dan bayaran muka adalah sebanyak 10%.
Kadar faedah semasa adalah 3.5%-3.7%.
Bayaran bulanan adalah berdasarkan pengiraan untuk pinjaman sehingga 9 tahun.
Kakitangan Kerajaan serta Swasta yang terpilih sahaja layak menikmati Pinjaman Penuh oleh Bank Rakyat .
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi

ISMAIL
019 9486609

PROMO!!!

PERODUA DISKAUN BULAN OKTOBER

VIVA ELITE Auto Premium - rm1,500

VIVA ELITE Auto Standard - rm2,100

VIVA ELITE Manual Standard - rm1,000

VIVA 1.0 Auto Basic - rm1,000

VIVA 850 Manual Standard - rm1,400

ALZA - rm500


PERCUMA SERVIS 1 TAHUN bagi PERODUA

PERODUA VIVA


Perodua Viva Car Price Malaysia

PERODUA VIVA VS MYVI MONTHLY PAYMENT PRICE LISTS - 660 / 850 / 1.0 / 1.3 REVIEW?

LEBIH LANJUT TENTANG HARGA DAN DISKAUN MENANTI ANDA SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN: 019 9486609

PROMOSI KAMI!!

  • JAMINAN MINYAK FULL TANK
  • LOAN LULUS BARU BAYAR BOOKING
  • DISKAUN BROKER
  • NO MARK UP HARGA!!

MODEL MPV PERODUA ( ALZA )BARU

DSC01381Image001Image003DSC00112DSC00115DSC00458DSC00459DSC00462DSC01380DSC00110
DSC00105

DSC00106DSC00107

ALZA 1.5 C.C

ALZA MANUAL STD ( METALIC ) RM 55,990.00

ALZA AUTO STD ( METALIC ) RM 58 ,990.00

DISKAUN MENANTI ANDA. ANDA TIDAK PERLU BAYAR DUIT BOOKINH, LOAN LULUS BARU BOOKING

BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA: 019 9486609 (ISMAIL)

Perodua Viva – Praktikal dan Menjimatkan

kereta apa yang paling best dan senang sangat untuk dipandu? Tak kiralah sama ada pemandu tu wanita ataupun lelaki. Dalam bandar, dalam kampung, kawasan perumahan, atau mana-mana tempatlah yang kereta boleh masuk, kereta apa yang paling praktikal untuk digunakan? Jawapannya ialah Perodua Viva. Sebelum kehadiran Perodua Viva, Perodua Kelisa adalah sebuah kereta yang cukup praktikal untuk pemanduan di dalam bandar ataupun di dalam kawasan kampung.

Kenapa bukan kereta kancil? Ikut pengalaman aku sendiri, Perodua Kancil pun ok tetapi dengan kuasa enjin yang terhad dan tanpa power stering, Perodua Kancil tidaklah sepraktikal Perodua Viva. Kalau nak mencelah kat mana-mana atau nak parking, Perodua Kancil tidak responsif, berpeluh-peluh jugaklah dahi tu kalau nak masuk atau keluar parking. Berlainan dengan Perodua Viva, dengan enjin 1000cc dan dilengkapi power stering, nak ambil selekoh, buat pusingan U atau masuk dan keluar parking, semua tu langsung tak jadi masalah. Nak memandu dalam bandar atau pun dalam kawasan kampung, pejam mata pun boleh. Nak masuk simpang pun senang, nak masuk lorong yang sempit dan kecil pun bisa saja.

Kadang-kadang pembeli kereta baru memang pening bila tiba bab nak memilih kereta, tambah-tambah kalau bakal pembeli kereta tu orang perempuan. Nak ambil model sedan atau saloon rasa panjang sangat, susah nak kendalikan, terutama bila nak drive dalam bandar dan terpaksa masuk parking. Ada yang lebih rela tidak memandu kereta sedan masuk ke dalam bandar, alasan yang diberikan ialah susah nak parking. Hehehe, sebenarnya tak susah, tapi pemandu tu je yang tak berapa pandai. Kalau MPV lagilah ramai yang fobia. Kereta MPV saiz besar gedabak, ramai yang rasa macam bawak lori atau van je, pun tak sesuai jugak untuk sesetengah orang.

Lagi satu bakal pembeli kereta baru ni nak cari kereta yang jimat minyak. Myvi pun jimat minyak, tapi saiz pulak besar, tak semua orang suka. Perodua kelisa pun jimat minyak tapi saiz lebih kurang kancil je, pun tak praktikal sangat daripada segi saiz dan keselesaan pemandu dan penumpang. Jadi ramai yang konfius sebab nak pilih kereta yang bersaiz kompak tetapi mempunyai ruang yang selesa dan luas. Lepas tu nak yang jimat minyak pulak. Selain daripada tu harga pun menjadi faktor utama sebelum membeli. Kalau mahal macam Honda Jazz ataupun Toyota Yaris tak merasa drive kereta kompaklah jawabnya.

Untuk mereka yang masih tercari-cari sebuah kereta yang senang dipandu, praktikal, mempunyai ruang yang luas dan selesa, menjimatkan minyak, dan yang paling penting harga yang murah dan berpatutan, Perodua Viva adalah pilihan yang paling tepat. Lagi satu Perodua Viva juga mempunyai enjin yang berkuasa. Enjin 1000cc dengan saiz dan berat kereta yang ringan, amat sesuai untuk memecut dilebuh raya mahupun jalan biasa. Pernah sebuah Perodua Viva memecut laju di atas lebuh raya dikejar oleh Nissan Xtrail, 160km sejam beb. Tu pengalaman dan kisah benar dari kawan aku tu.

Selain daripada tu, Perodua Viva juga mempunyai banyak varian dan versi, kalau nak yang lebih murah, boleh pilih yang Viva yang berenjinkan 850cc dan 660cc. Harga pun murah, tetapi terpaksa berkompromi dengan ketiadaan power stering, power window, kuasa enjin dan beberapa kekurangan lain. Sesetengah orang tak kisah pun semua tu, yang penting ruang luas, jimat minyak dan bayar installment bulan-bulan pun murah. Kepala tak payah pening, hajat nak memiliki sebuah kereta murah tetapi bukannya kecil macam kancil tetap tercapai. Lagi satu jangan tak tahu pulak, enjin Perodua Viva tak kira yang berapa cc pun adalah enjin moden dan terbaru. Jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan enjin Perodua Kancil yang serba kekurangan tu. Sekarang ni ada versi Perodua Elite pulak, mengancam betullah, tambah-tambah yang kaler oren tu.

Kalau dah ada kereta lain tapi nak cari kereta kedua, nak buat pergi kerja ke atau nak beli kat orang rumah, elok beli Perodua Viva je. Sesetengah orang dah pakai kereta sedan, saloon dan MPV yang bersaiz besar, rasa tak sesuai pulak hari-hari nak masuk dalam bandar ataupun berulang-alik pergi kerja. Leceh dan menyusahkan, nak naik motor takut kena hujan pulak, badan pun letih bila memandu motor jauh-jauh. Jadi jalan selamat ialah dengan membeli sebuah kereta kompak. Ada yang beli kancil atau kelisa terpakai je, memang sesuai sangat dah tu, cuma kalau nak merasa kereta yang lebih elok sikit, Perodua Viva adalah pilihan yang paling sesuai.